Apabila terdapat masalah pada mata, ia turut mengganggu penglihatan kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai kanak-kanak mampu untuk memberitahu ibu bapa mereka, bahawa mereka sedang mengalami masalah mata dan penglihatan. Pemeriksaan awal boleh dilakukan untuk menentukan tahap kesihatan mata dan penglihatan.
* Melalui sejarah perubatan pesakit (kanak-kanak berkenaan).
Antara soalan yang akan ditanya ialah bilakah kelahiran kanak-kanak itu. Adakah dia lahir cukup bulan? Apakah penyakit-penyakit lain yang dihidapi oleh kanak-kanak itu.
* Sejarah keluarga pesakit
Selain dari mengetahui keadaan kanak-kanak, pemeriksa juga akan bertanya beberapa soalan mengenai keluarganya. Soalan-soalan yang lazim ditanya pemeriksa ialah :
Adakah kedua ibubapa kanak-kanak mempunyai masalah penyakit sistemik seperti sakit jantung, darah tinggi atau kencing manis?
Adakah terdapat ahli keluarga yang mengalami masalah penyakit mata?
* Simptom-simptom
Selain dari senarai soalan, pemeriksa juga melihat kepada simptom yang ditunjukkan oleh kanak-kanak seperti akan menyorok mukanya apabila disuluh dengan lampu atau melihat reaksi pada wajah kanak-kanak itu semasa pemeriksaan dijalankan.
Pemeriksaan dijalankan bagi melihat sebarang tanda abnormaliti pada kanak-kanak, seperti mata yang lebih besar, yang mungkin mengalami glaukoma, atau kanta mata yang legap, berlaku katarak.
* Pemeriksaan secara keseluruhan
No comments:
Post a Comment