Friday 16 March 2018

3-1 Rawatan untuk rabun mata

Bagi masalah rabun, sama ada rabun jauh, rabun dekat, atau rabun silau, kebiasaannya dibetulkan dengan pemakaian kanta mata. Bergantung kepada keadaan rabun, kanta yang digunakan ialah kanta cembung, kanta cekung dan kanta silindrikal.





Selain dari penggunaan cermin mata, rabun juga boleh dibetulkan dengan kanta lekap dan laser. Walau bagaimanapun, kedua-dua kaedah ini tidak sesuai untuk kanak-kanak.


Pembetulan Rabun Jauh



Rabun jauh (miopia) dibetulkan dengan penggunaan kanta cekung. Sebelum kanta diletakkan di hadapan mata, imej berada di hadapan retina, imej kabur. Selepas kanta diletakkan di hadapan mata, imej akan jatuh di atas retina. Maka imej akan menjadi lebih terang.


Pembetulan Rabun Dekat


Untuk rabun dekat, imej terbentuk di belakang retina, maka penglihatan adalah kabur. Oleh itu, keadaan ini dibetulkan dengan menggunakan kanta cembung. Selepas kanta cembung diletakkan di hadapan mata, imej akan jatuh di atas retina, dan menghasilkan imej yang jelas.

Untuk rabun silau pula, disebabkan oleh kelengkungan kornea yang tidak sekata, maka kanta yang digunakan ialah kanta silindrikal. 


No comments:

Post a Comment

Penyebab masalah penglihatan warna

Biasanya, kekurangan warna adalah keadaan yang diwarisi yang disebabkan oleh gen resesif yang berkaitan dengan X, yang diluluskan dari seor...