Penglihatan yang baik adalah diperlukan untuk proses pembelajaran. Namun ia tidak sekadar mempunyai tahap penglihatan pada 20/20 atau 6/6. Anak anda perlu menjalani pemeriksaan penglihatan secara komprehensif setiap tahun, atau lebih kerap sekiranya mempunyai masalah khusus.
Namun begitu, malang sekali bagi kebanyakan kanak-kanak. Mereka dianggap tidak mempunyai masalah penglihatan apabila telah melalui pemeriksaan di sekolah. Pemeriksaan di sekolah hanya menguji tahap penglihatan, iaitu 6/6 atau 20/20. Namun begitu, kanak-kanak yang mempunyai tahap penglihatan ini masih boleh menghadapi masalah penglihatan. Pada hakikatnya, kemahiran penglihatan yang diperlukan untuk membaca dan pembelajaran yang berjaya adalah lebih kompleks.
Walaupun seorang kanak-kanak telah melalui pemeriksaan penglihatan, mereka seharusnya menjalani ujian penglihatan yang komprehensif dari Optometris jika:
- Mereka menunjukkan tanda-tanda atau gejala masalah penglihatan.
- Mereka tidak mencapai potensi sebenar mereka.
- Mereka tidak dapat mencapai, tetapi perlu menggunakan masa dan usaha yang berlebihan untuk melakukannya.
Perubahan penglihatan tanpa dapat diketahui. Oleh itu, dapatkan pemeriksaan mata setiap tahun. Sekiranya masalah penglihatan dapat dikesan dengan lebih awal, kebarangkalian untuk kejayaan rawatan adalah lebih tinggi. Selepas pemeriksaan, barulah ditentukan sama ada perlu pemakaian cermin mata atau kanta lekap, atau terapi penglihatan.
No comments:
Post a Comment