Ambliopia, atau mata malas (lazy eye/s) merujuk kepada penglihatan yang tidak dapat dibetulkan selepas pembetulan, dengan kaca mata, kanta sentuh tau melalui pembedahan. Perkataan amblyopia adalah dari bahasa Yunani ἀμβλύς amblys yang bermaksud "tumpul" dan ὤψ ōps yang bermaksud "penglihatan".
Keadaan mata kanak-kanak adalah kelihatan normal dari luar. Namun hanya selepas pemeriksaan oleh optometris, baru diketahui yang mata itu adalah mata yang ambliopia.
Keadaan ini boleh berlaku pada satu mata atau pada kedua-dua mata.
Tahap penglihatan yang seharusnya diperoleh selepas pembetulan kaca mata, kanta sentuh, atau pembedahan ialah 6/12 dan lebih baik. Pengesanan awal dapat meningkatkan kejayaan rawatan. ini kerana, semakin meningkat usia, semain payah mata itu untuk memperoleh tahap penglihatan 20/20 (6/6)

Disebabkan ia sukar untuk dikesan (dari pandangan kasar), jadi pemeriksaan penglihatan disyorkan untuk semua kanak-kanak seawal berumur empat hingga lima tahun.
Tanpa rawatan, amblyopia akan wujud sehingga dewasa. Dan adalah sangat menyedihkan, masih tiada rawatan ambliopia untuk orang dewasa.
No comments:
Post a Comment