Friday, 16 March 2018

1-3 : Rabun Mata

Apakah yang dimaksudkan 'rabun mata'?

Cahaya melalui kornea dan kanta sebelum ia jatuh ke atas retina. Mata perlu membiaskan cahaya supaya imej yang jelas dapat difokuskan ke atas retina. Rabun mata bermaksud mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur.


Jenis-jenis rabun mata

1. Rabun jauh

Rabun jauh merupakan rabun mata yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak yang rabun jauh memiliki :
- bentuk kornea yang terlalu melengkung, atau
- bola mata yang terlalu panjang

Akibat dari keadaan ini, cahaya yang dibiaskan difokuskan ke bahagian  hadapan retina, dan bukan ke atas retina.



Rabun jauh dapat dikesan seawal 6 tahun. Ini kerana kanak-kanak telah memasuki alam persekolahan dan tanda-tanda awal dapat dilihat. 


2. Rabun dekat

Berbeza dengan rabun jauh, rabun dekat berlaku apabila :
- permukaan kornea yang terlalu melengkung, atau
- bola mata yang terlalu pendek.

Ini menyebabkan cahaya bertumpu ke bahagian belakang retina, tidak ke atas retina seperti yang sepatutnya. Bayi dan kanak-kanak cenderung untuk rabun dekat. Namun keadaan akan berubah menjadi lebih baik apabila mata membesar dan menjadi lebih panjang seiring pembesaran kanak-kanak itu.



3. Rabun silau (astigmatisma)

Perkara ini berlaku kerana permukaan kornea yang tidak sekata dan membiaskan cahaya ke pelbagai arah. Rabun silau boleh wujud bersama jenis rabun yang lain.




No comments:

Post a Comment

Penyebab masalah penglihatan warna

Biasanya, kekurangan warna adalah keadaan yang diwarisi yang disebabkan oleh gen resesif yang berkaitan dengan X, yang diluluskan dari seor...