Seorang kanak-kanak tidak pandai untuk memberitahu ibu bapanya bahawa dia mempunyai masalah penglihatan kerana dia merasakan bahawa cara dia melihat adalah sama seperti cara orang lain melihat.
Secara amnya, ini mungkin tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak mempunyai masalah penglihatan :
- Kerap menggosok mata
- Mata berkelip dengan kerap
- Tempoh perhatian yang singkat
- Mengelakkan bacaan dan aktiviti rapat yang lain
- Sakit kepala dengan kerap
- Gemar menutup satu mata
- Memusingkan kepala ke satu sisi
- Memegang bahan bacaan dekat dengan muka
- Salah satu mata kelihatan keluar atau ke dalam
- Melihat dua objek
- Kehilangan tempat semasa membaca
- Kesukaran mengingat apa yang sedang dibaca
No comments:
Post a Comment